Category: takaful

Kenapa Investment Link Policy (ILP)?

investment

Investment Link Policy atau dalam Bahasa Melayu nya – Polisi Berkait Pelaburan adalah jenis insurans  yang dilaburkan di dalam unit trust. Ini adalah penjelasan mudah, penjelasan terperinci boleh dirujuk kepada pakar.

ILP mempunyai pelbagai kelebihan,

1- Tiada tempoh matang. Jikalau anda selalu dengar yang insurans ni perlu tunggu sehingga 20 / 30 tahun untuk boleh keluarkan wang dari akaun insurans tu, maka ILP adalah jenis insurans yang memberikan anda flexiblity untuk mengeluarkan $$ anda tanpa perlu tunggu 30tahun.  Ada syarat utk ini.

2- Under ILP Prudential/PruBSN, boleh attach unit trust monthly. Cuma tambahan minimum RM10 sebulan, anda  boleh paksa diri anda utk menyimpan!

RM10 selepas 20 tahun dengan pulangan purata 9% setahun, anda boleh dapat RM6700. jumlah dari poket anda ialah  RM2400. rm10 sebulan, tak terasa pon kalau berkurang~~

3- Anda akan terima annual statement mengenai akaun anda. berapakah jumlah dalam akaun, berapa return pulangan syarikat utk tahun itu… dan apakah benefit insurans yang anda ambil. Ya lah, kita kadang2 tak ingat apakah benefit insurans yang kita ada, setahun sekali surat akan dihantar oleh Prudential / PruBSN untuk keep in touch dengan client.

4- Fleksible dari segi anda boleh revise policy. Jika selepas 10 tahun, anda ingin upgrade Medical Card. Jika polisi tradisional, anda tidak boleh (mungkin jarang) mengubah polisi…..tapi dgn ILP, anda bleh revise pada bila-bila masa.

….insyaallah boleh sambung lagi nanti……

saya bersedia memberi nasihat/quotation tentang insurans/takaful Prudential.

-nafisah 017-341 3043-

insurans tak cover H1N1??

sebelum ni saya dah tulis bawah Prudential & PruBSN cover H1N1 jika client dimasukkan ke ward . tetapi 2 3 hari ni, kecoh dalam suratkhabar tentang syarikat insurans tak cover penyakit H1N1.

Saya ingin clarify balik, bahawa jika anda pemegang polisi/medical card Prudential dan Prudential BSN Takaful, kami boleh cover medical bills if admitted to hospital due to H1N1.

Prudential telah mengeluarkan memo rasmi, bertarikh 14/08/2009.

memo rasmi dari Prudential

memo rasmi dari Prudential

Memo rasmi dari PruBSN belum dikeluarkan lagi, tapi jika anda call Customer Service PruBSN @ 03-2053 7188, memang Prudential BSN Takaful akan bayar untuk semua kos  jika warded kerana H1N1 atau meninggal kerana H1N1.

So, dont worry! Prudential & PruBSN - always listening, always understanding.

untuk menjawap soalan- syarikat mana yang tak cover, dari info yang saya dapat : Cimb Aviva,  ING bank insurance…

tetapi, ini cuma info yg saya dapat dari clients saya…anda perlu cek sendiri dengan syarikat insurans anda.

bukan semua takaful sama

saya sering dapat feedback, orang kata ” ah, takaful ni semuanya sama” – dengan nada yang kurang enak.

heart1

Takaful adalah dari bahasa arab yang bermaksud insurans. syarikat takaful di malaysia ada banyak, jadi takaful ini cuma  nama am, bukannya kalau kata takaful , ada satu syarikat aja.

Di Malaysia ada Takaful Malaysia, Takaful Ikhlas, Etiqa Takaful (dulu nama Takaful Nasional) dan Prudential BSN Takaful.

apakah yang membezakan setiap takaful ini?


1. Sistem – cara bagaimana data2 client disimpan, cara bagaimana pengendalian syarikat, cara bagaimana menguruskan data base client yang berjuta-juta orang. Sistem Prudential sangat uptodate, jika anda register insurans/takaful hari ini, esok dah masuk sistem. Sistem ini di update setiap hari.

2. Agent/Walk-in/telefon

ada insurans/takaful yang menggunakan cara walk-in , boleh beli sahaja insurans di bank/premis. maksudnya macam kita beli baju di kaunter, bayar then u get the product. Atau beli melalui operator yang call.  Pada saya, satu kelemahan jika anda beli cara walk-in tanpa ejen, pada masa anda ingin buat claim, semua urusan harus dilakukan sendiri. bayangkan kalau ketika itu anda sedang terbaring, macamana nak buat claim??


3. Latihan/Training pada ejen -

Prudential sangat percayakan bahawa dengan training yg bagus, semua ejennya akan menjadi lebih profesional, berjumpa client dengan cara yg bijaksana bukannya push-selling. Di Prudential, training ada setiap hari, malah ada 3-4 training setiap hari. apa saja yang anda ingin belajar, pasal tax/insurans/takaful/cara selling semuanya ada. antara rajin atau tidak sahaja…..

4. Produk

Medical Card kami adalah in-house ; dimiliki oleh Prudential/PruBSN.

maksudnya, semua  bayaran kepada hospital dibuat oleh Prudential.. kita tidak out-source medical card kita kepada company lain. we own our medical card.   Ejen Prudential/PruBSN amat menekankan kepentingan Medical Card, anda perlu beli card ini, kerana kita takkan tahu bila kita akan sakit. Bayangkan jika anda sakit, anda pasti call ejen , nak claim lah jugak kan sebab dah tiap2 bulan dok bayar insurans.

Bayangkanlah kalau ejen kata “ eh, kita tak boleh bayar apa2 kat awak sebab awak tak amik medical card”…


kerana kes2 sebeginilah, ramai yg kata takaful ni menipu…..

Kerana itulah, ejen2 prudential bsn takaful, pada pendapat saya , agak lain dengan gaya2 ejen company lain.  Kami lebih pentingkan produk. kualiti pada jualan, servis selepas jualan & relationship yang baik dengan client.

Tidak dinafikan, ada juga ejen-ejen Pru yang tidak profesional.

Insya allah, saya amat suka jika boleh memberi yang terbaik untuk clients.

beza PruBSN & etiQa

soalan sensitif ni , hehe.

sebenarnya, saya tiada jawapan untuk soalan ini, tapi melalui pengalaman saya sendiri, agen EtiQa ada banyak jawapan untuk soalan ini.

.

dari apa yang saya lalui sendiri, agen Etiqa membuat perbandingan antara prudential BSN Takaful & produk Etiqa mereka, dan boleh saya katakan dengan cara yang tidak elok & tidak profesional.

.

maaf jika ada agen yg terasa, tapi pada saya, tidak perlu untuk kita bercerita tentang produk company lain, kerana kita tidak tahu mendalam ttg produk orang lain. Dandari segi etika seorang agen, memang tidak elok untuk  membandingkan antara produk, kerana kita hanya akan mahir tentang produk kita sahaja.

.

bila kita bercerita tentang produk company lain, kemungkinan kita boleh tersilap beri info….

.

apa salahnya jika kita hanya menekankan tentang kebaikan & kelebihan produk kita sendiri?

family takaful no 1 di malaysia

setiap company takaful akan mengatakan mereka No 1 takaful operator di Malaysia. mungkin untuk membuktikan itu kita perlu statistik dari Bank Negara.

Saya tidak tahu siapa yang benar, cuma saya sendiri baca dalam news, yang mengatakan Prudential BSN Takaful No 1 untuk Takaful Keluarga , setakat 8/8/2008.   apabila dah keluar suratkhabar, insya allah kebenarannya nyata.

Setakat sehingga 8/8/2008 , kami berjaya meraih RM288 juta. Sehingga 16/10/2008, angka itu bertambah ke RM316 juta.

itulah tanda kepercayaan pelanggan pada PruBSN Takaful =)

apakah plan untuk anak anda?

Bila kita sudah berkerjaya, dan sudah ada keluarga,

planning untuk jangka masa panjang adalah perlu.

kenapa?

kerana jika terjadi sesuatu yang tidak diingini, kita akan dapat menangani masalah itu dengan bantuan plan itu,

insya allah.

Planning yang perlu ada fikirkan mungkin merangkupi :

  • Saving for your child’s education 15 years from today.
  • Saving for a small business that you want to set up at a later date.
  • Saving for your retirement 30 years from today.
Cara untuk savings ada pelbagai. Mungkin ada suka untuk save di ASB, atau invest in Unit Trust,
atau simpandi Tabung Haji.
Cuma apa pun cara, pastikan bukan sekadar simpan di bank ya~!


ramai clients saya, mereka punya duit, mereka menyimpan, tapi cuma sekadar letak di bank. Bank tidak memberi pulangan, lebih baik invest duit tu dengan portfolio yang bagus-ASB, Unit Trust, Tabung Haji dll.
Untuk Education anak-anak, mungkin anda boleh consider untuk menabung melalui insurans. Kerana apabila kita menabung dgn membeli insurans, tabungan itu terjamin dari sudut ‘insured.
Kita sebagai ibu/bapa, seandainya ditakdirkan pergi / meninggal sebelum anak sempat dewasa & berdikari, sebolehnya dan diharuskan untuk meninggalkan wang yang cukup untuk anak bersekolah.
Sebagai suami/ isteri juga, pastinya beban pasangan anda akan berkurangan sedikit, jika anda meninggalkan tabung pendidikan untuk anak, yang tidak berhenti flowing jika anda tiada.
Kerana melalui education plan, 3 keadaan yang terjadi kepada anda (ibu/bapa)
  • Death
  • Cacat Kekal / Total Permanent Disable
  • Critical Illnesses ( mengidap satu dari 36 Penyakit Kritikal )
Maka, education plan anak anda, akan jadi percuma sehingga dia berumur 25 tahun! tidak perlu dibayar oleh anda kerana bayaran di ambil alih oleh PruBSN .

Medical Card

Apa itu Medical Card?

Prudential BSN TAKAFUL card Medical Card adalah sejenis tools, untuk melindungi pendapatan anda dari kemungkinan dalam kehidupan.

Ada 3 kemungkinan, 3 traps in life, sama ada kita ready atau tidak. Traps ini boleh menyebabkan kita kehilangan pendapatan/gaji kita, atau boleh menyebabkan keluarga kita menanggung hutang, jika kita tidak ready akan 3 traps ini.

Saya akan ceritakan tentang 3 traps in next topic.

Sebelum itu, cuba jawab soalan ini dulu. Anda ada simpan duit? Duit itu untuk apa? Untuk emergency, betul kan ? apa maksud Emergency itu?

- untuk digunakan jika tiba-tiba anak anda sakit, perlu masuk hospital, itu emergency kan?

-untuk guna jika tiba-tiba anda demam denggi, kena masuk ward 5 hari?

- untuk guna jika tiba-tiba tayar kereta meletup, perlu tukar segera

- untuk guna jika Jusco buat sales :p hehe.

Sebenarnya, kalau kita sebut emergency, maksudnya memang sesuatu yang tidak terduga, yang jadi tiba-tiba, hendak tak hendak, duit $$ ada atau tidak, perlu digunakan. Jadi, kalau SAKIT, Warded, kes ini dikira sangat emergency, sebab boleh ke kita tunggu untuk menerima rawatan?

Katakanlah hari ini kita sakit, tapi gaji belum masuk, kita tunggu gaji masuk hujung bulan ini barulah kita suruh doctor rawat kita.

Kalau sakit, sebolehnya kita mahu rawatan yang cepat, dan terbaik, betul tak?

Jika terjadi kes emergency, perlu dimasukkan ke hospital untuk rawatan, here comes the role of Medical Card. Tunjuk sahaja pada Panel Hospital, selepas pengesahan, anda akan di warded kan, tanpa perlu membayar duit anda terlebih dahulu. Tiada lagi Bayar-dulu-claim-kemudian.

Hassle free, No Worry. Tidak perlu fikir tentang bil hospital yang pastinya sangat mahal.

Untuk membolehkan Medical Card ini digunakan secara automatic (tunjuk sahaja untuk pengesahan), 2 perkara penting ialah :

(1) Perlu digunakan di Panel Hospital

(2) Sudah lepas tempoh menunggu 3 bulan.

Panel hospital kami adalah hospital-hospital swasta yang terbaik.

Tempoh menunggu untuk gunakan Medical Card secara auto ialah selepas 3 bulan. Sebelum itu jika warded, kami bayar, cuma jadi claim basis. Kenapa 3 bulan? Untuk pastikan anda benar-benar sihat & committed untuk meneruskan Medical Plan ini.